

Apakah hukum memakai wangian yang dihasilkan daripada darah rusa, kijang atau antelop?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Haruman atau wangian yang terhasil dari darah rusa, kijang ataupun antelop dikenali dengan wangian kasturi. Di dalam Bahasa Arab ianya disebut dengan al-Misk (الْمِسْكُ).
Dari sudut istilahnya, telah berkata al-Bunani yang menaqalkannya daripada al-Hafiz Ibn Hajar bahawa al-Misk itu adalah darah yang terkumpul pada bahagian pusat rusa/kijang/gazelle/antelop pada satu masa yang diketahui daripada tahun tertentu. Apabila terkumpulnya darah tersebut, maka ianya akan membengkak maka rusa akan berasa sakit sehingga membawa kepada gugurnya gumpalan tersebut. [Lihat Hasyiah al-Bunani ‘ala Hamisy al-Zurqani, 1/27]
Halal & Bersihnya Kasturi (al-Misk)
Telah berpendapat para ulama’ bahawa kasturi itu halal lagi bersih. Dibolehkan untuk memakannya dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa keadaan sama ada dalam bentuk makanan dan juga perubatan sama ada darurat ataupun tidak. Ini kerana seseungguhnya darah yang pada asalnya telah bertukar (berlaku proses istihalah) kepada sesuatu yang baik dan menjadi bersih. Dalam sebuah hadith Nabi SAW:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ حَشَتْ خَاتَمَهَا مِسْكًا وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum.
Riwayat Muslim (2252)
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ
Maksudnya: Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi).
Riwayat Al-Tirmizi (991). Telah berkata Abu Isa al-Tirmizi bahawa hadith ini Hasan Sahih.
Al-Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah di dalam kitabnya Ikmal al-Mu’lim bi Fawaid Muslim iaitu syarah kepada Sahih Muslim mengatakan bahawa hadith di atas menjadi dalil akan bersihnya kasturi dan dibolehkan untuk menggunakannya. [Lihat Ikmal al-Mu’lim bi Fawaid Muslim. Dar al-Wafa’, 7/193]
Di dalam fiqh al-Syafi’e pula, al-Imam Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj turut mengatakan bahawa kasturi itu bersih juga berdasarkan hadith di atas. [Lihat Mughni al-Muhtaj. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1/233]
Kesimpulan
Berdasarkan hadith serta kenyataan para ulama’, kami nyatakan di sini bahawa penggunaan minyak kasturi sebagai wangian adalah dibenarkan dan dihukum sebagai suci kasturi tersebut. Ini kerana terdapat dalil yang sahih mengenai kesucian kasturi. Al-Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya yang lain, al-Iqna’ mengatakan adanya hadith Muslim menjadikan hukumnya suci. Wallahu a’lam.

Beza dari Segi Bau dan Kesesuaian Citarasa.
1) KASTURI KIJANG ASLI aroma SEGAR ,TENANG, MENYENANGKAN, Aura AROMA Yang tersendiri dan juga digunakan utk rawatan.
2)KASTURI HITAM agak TAJAM,SENSUAL dan KUAT sedikit aromanya,juga diguna utk rawatan Perubatan Islam.
3) KASTURI PUTIH aroma yang LEMBUT,SELESA dihidu,agak MANIS2 sedikit ,LIKAT dan AROMANYA tidak terlampau kuat.
4) KASTURI HIJAU aromanya yang segar dan badan menjadi bersemangat apabila melakukan aktiviti harian dan diwaktu solat.
5) KASTURI ROSE aromanya yang lembut, bauan rose dan badan menjadi bersemangat apabila melakukan aktiviti harian dan diwaktu solat.
6) KASTURI SUSU strukturnya agak pekat agak MANIS2 sedikit ,LIKAT dan AROMANYA tidak terlampau kuat.
*WANGIAN AROMA ARABIC PILIHAN*
7) MAKKAH Madinah, adalah wangian di RUANGAN RAUDAH DI MASJID NABAWI MADINAH. Wangian Yang segar dan tenang sesuai utk wangian solat. Menjadi kegemaran ibu dan ayah.
8) kasturi Khalifah kasturi yg tahan lama dan kuat. Jika disapu di bahagian kulit akan tahan lama, dan bertahan walau kuat berpeluh. Menjadi pilihan para lelaki dan suami. (Bauan seorang lelaki gagah)
9) kasturi khadijah yang menjadi pilihan wanita dan para isteri. Wangian lembut dan gambaran wanita berkerjaya. Wangian ini menjadi lebih tahan lama jika diletakkan di baju dan pakaian. (Wangian yg disukai para suami untuk dipakai oleh para isteri)
*LELAKI sesuai Kasturi Kijang Asli dan Kasturi Hitam, Kasturi Hijau, khalifah, makkah madinah
**WANITA sesuai Kasturi Kijang Asli dan Kasturi Putih, Kasturi Rose dan Kasturi Susu, khadijah, makkah madinah

Kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya:
1) kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangan Jiwa
3) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
4) Menghilangkan debaran jantung
5) Menghilangkan rasa gementar
6) Elak kepada Gangguan
KASTURI KIJANG ASLI aroma SEGAR ,TENANG, MENYENANGKAN, Aura AROMA Yang tersendiri
✅Menguatkan panca indera
✅Menguatkan tenaga batin/sihat
✅Lemah jantung/pengsan
✅Gangguan akal/otak/gila
✅Darah gemuruh
✅BOLEH DIPAKAI KETIKA SOLAT
✅BOLEH DIPAKAI KETIKA BERSAMA PASANGAN
✅BOLEH DIPAKAI KETIKA BEKERJA
✅BOLEH DIPAKAI KETIKA BELAJAR
✅BOLEH DIPAKAI KETIKA MAJLIS KERAIAN
✅BOLEH juga dihadiahkan / sedekah












Sokongan Anda Kejayaan Semua
Wangian Harian, Kesegaran Meyakinkan.
Lawati Laman Kami!
LOKASI KAMI
40000 Shah Alam,
Selangor,
Malaysia.
Handphone; 019 2699 656

Connect with us
TIKTOK
www.fathonah-berkat-global.com